The Distribution and Population Density of Bornean Tarsier, "Tarsius Bancanus Borneanus (Elliot) " in Secondary and Rehabilitated Forests of Universiti Putra Malaysia, Bintulu Sarawak Campus, Sarawak, Malaysia
Sahimi, H.N.M.; Chubo, J.K.; Top Mohd Tah, M.M.; Saripuddin, N.B.; Ab Rahim, S.S.
Tropical Life Sciences Research 29(1): 139-154
2018
ISSN/ISBN: 1985-3718 PMID: 29644021 Document Number: 408151
Tarsius bancanus borneanus (kera hantu) pertama kali dicam oleh Elliot pada tahun 1990 merupakan spesies endemik yang boleh ditemui di kepulauan Borneo yang terdiri dari Sabah dan Sarawak (Malaysia), Brunei Darussalam dan Kalimantan, Indonesia. Sub-spesies ini telah disenaraikan sebagai haiwan yang terlindung sepenuhnya di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak (1998) dan disenaraikan sebagai spesies yang terdedah kepada kepupusan oleh IUCN. Kajian ini telah dijalankan di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB), dari Oktober 2014 hingga Mac 2015. Menerusi persampelan tangkap-lepas yang meliputi kawasan seluas 37 ha hutan sekunder dan 7.13 ha hutan yang dipulihara, sebanyak 16 ekor kera hantu telah ditangkap menggunakan jaring kabut manakala seekor kera hantu telah berjaya ditangkap semula. Kepadatan populasi kera hantu yang ditangkap menggunakan jaring kabut di dalam hutan sekunder adalah 38 individu/km2 manakala 28 individu/km2 dicatatkan bagi hutan yang dipulihara. Dengan menggunakan kaedah penangkapan per satu unit usaha (net-jam), masa purata bagi seekor kera hantu ditangkap di dalam hutan sekunder adalah 26.6 jam/haiwan dan 30 jam/haiwan di dalam hutan yang dipulihara. Keputusan membuktikan data mengenai kehadiran kera hantu di dalam kedua-dua hutan sekunder dan hutan yang dipulihara terutamanya di kampus UPMKB sekaligus menonjolkan nilai pemuliharaan kawasan hutan tersebut.